Hari ini Deepavali..apa yang penting untuk aku ialah..hari ini aku
CUTI CUTI CUTI CUTI
tak ada yang lebih menggembirakan aku dari cuti..mungkin sebab sejak akhir2 ini aku agak malas untuk pulun bekerja..maklum la mood cuti panjang hari raya hari tu belom habes lagi..dah nak habes syawal dah pun..dan sempena hari cuti ni, aku bangun awal (hello! eksekius me - phone call mak kot yang menterkejutkan sesi kroih2 pagi tadi)..
awal minggu ni plannya nak balik berdeepavali kat rumah, tp memandangkan annual leave aku tinggal 3 hari je lagi..sob sob..x boleh la sewenang2nya nak bercuti..3 hari tu simpan untuk raya haji bulan depan..hohoh..cuti panjang lagi! lagipun mak plan nak datang kl hujung bulan ni..dengan kereta baru katanya..cis~
so plan untuk cuti sehari ni - aku nak mengshoppingkan diri kot..(hello! kate nak saving + gaya hidup berduit yang sehat)..takpa takpa takpa..shoppping tingkap je..(ye ke tu?) ye la..dush! dush!
semalan ialah hari yang penuh dengan meeting. Pagi ada sesi kelas untuk young executive - New executive Learning Program (NELP) tapi aku termiss sebab banyak paperwork nak kena setelkan before Departmental Meeting pukul 12 (hello! bukan meeting pun sebenarnye, tu makan2 hari raya) ups! sori, yep memang makan2 hari raya..macam beraya dikampung..menu semalam :
yep, sambutan hari raya dalam Company sure x lengkap kalau tak ada satay, macam satay tu dah ganti ketupat rendang lemang pulak zaman sekarang ni..pastu petang pulak buat urgent engagement session dengan user CFA - entah isu mak nenek ape tah panjang sangat yang berlanjutan tu. Pendapat aku senang je, masing2 sebenarnya kabur dan blur dengan motif sebenar - yang satu masalah x angkat telefon (angkat je la!) - kalau asyik ko sorang je telefon larat ke org nak layan (customer beb!) customer2 pun dua2 tu orang (ahh crap!)..yang kedua masalah yang tak tau pemilik (tu isu department lain!) upss..no offence (like hello malas la nak pointfinger..so take responsibility jela)..ketiga nya mesej dan informasi x sampai (ni salah dua2 - yang tak tau x tanya (mungkin sebab tak tau apa yang tak tau), yang tau plak x gi mengajar) donia donia! - hik hik hik..cam man nenek lak
i pikir kejap lagi nak menjejakkan kaki ke puduraya kejap, beli tiket raya bulan depan.
adios
footnote : perkataan2 terkurung memang betul2 terkurung samada dalam otak aku atau dalam hati, x boleh nak keluar kerana terlalu offensive kpd diri sendiri atau orang2 sekitar..sekian